1511H [KOMBAT]

H KOMBAT H KOMBAT Mendengung menjunam menyengat Lebah sempat menggodekkan ekor merenung sebelum terbang Tuan persiden rebah kejang terus koma Kombat H Ini zaman depan tahun Masihiyang menunt

  • Title: 1511H [KOMBAT]
  • Author: Faisal Tehrani
  • ISBN: null
  • Page: 423
  • Format: Paperback
  • 1511H KOMBAT Mendengung, menjunam, menyengat.Lebah sempat menggodekkan ekor merenung sebelum terbang.Tuan persiden rebah, kejang, terus koma.Kombat 1511 H Ini zaman depan, tahun 2087 Masihiyang menuntut perang cara teknologi.Bio bots lipas dan belalangmelitup langit dalam awanan anehmengepak, menyerak gelombang.Satelit kucar kacir, komputer huru hara, radar kacau bilau.C1511H KOMBAT Mendengung, menjunam, menyengat.Lebah sempat menggodekkan ekor merenung sebelum terbang.Tuan persiden rebah, kejang, terus koma.Kombat 1511 H Ini zaman depan, tahun 2087 Masihiyang menuntut perang cara teknologi.Bio bots lipas dan belalangmelitup langit dalam awanan anehmengepak, menyerak gelombang.Satelit kucar kacir, komputer huru hara, radar kacau bilau.Cyborg, cypher, sarcos, Ababil, Mikraj, hidrogen sianida,mikrob pemakan logam, laser, segala macam lagiyang dipacu teknologi, teknologi, teknologi.Syarifah Nusaybah, dia hartawan global, strategis licikyang jasadnya sentiasa diburu peluru,yang tahu kejayaan harus dibina dengan teknologi,bahkan sungguh sungguh percaya kejayaan yang puncakadalah dengan futuwwah.Etika yang mencuci jiwa, memperteguh roh Bahawa manusia semata mata hamba Tuhan.Semata mata________________________________Novel ini telah memenangi tempat PERTAMAPertandingan Novel RemajaHadiah Sastera Kumpulan Utusan ExxonMobil 2003Pertama 1511H KOMBAT Faisal Tehrani Kedua Mencari Locus Standi Nisah HaronKetiga Ombak Sfera Lotus Siti Jasmina Ibrahim

    • Ï 1511H [KOMBAT] || ↠ PDF Read by ✓ Faisal Tehrani
      423 Faisal Tehrani
    • thumbnail Title: Ï 1511H [KOMBAT] || ↠ PDF Read by ✓ Faisal Tehrani
      Posted by:Faisal Tehrani
      Published :2020-01-08T00:00:43+00:00


    About “Faisal Tehrani

    • Faisal Tehrani

      Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Politik dari Universiti Malaya 1998 , Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia 2000 , Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia 2010 Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu KIKBM di ATMA, UKM sejak tahun 2013 Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011 Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting IRIB bagi rantau Asia Tenggara Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi CRIM UKM dengan kod GGPM 2011 062 Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders FLD , sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama Beliau juga adalah felo World Public Forum Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2 2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu Kod kajian beliau adalah FRGS 2 2013 SS03 UKM 03 2.Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise 2000 , ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000 2001 Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda 2000 Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000 2001 Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor 2003 Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia Exxon Mobil tahun 2002 Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003 Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003 Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se lain 2004 dan Ameen Publishing 2008 Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor 2004 Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia Exxon Mobil tahun 2003 dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor 2004 Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia Exxon Mobil tahun 2004 Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor 2004 Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia Exxon Mobil tahun 2004 Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor 2005 Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1 Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan Jimson oleh Utusan P



    428 thoughts on “1511H [KOMBAT]

    • Jika tiba-tiba Amerika Syarikat yang menyerang dua kota suci umat Islam tetapi tidak berjaya, kemudian serangan balas dilakukan oleh umat Islam dengan sasaran-sasaran untuk memusnahkan kaum kuffar, apa kesannya? Sebuah karya oksidentalisme yang memikat. Futuristik yang memenarakan paksi tauhid. Dan Islam serta ummahnya.


    • Subhanallah. Maha Suci Allah. Alangkah indahnya jika impian ini menjadi kenyataan.Karya yang amat hebat. Terasa seperti menonton filem perang Hollywood. Versi 3D.Kisah mengenai pemuda-pemuda Islam dari seluruh pelosok dunia. Bersatu atas nama Islam. Bersama-sama berusaha menentang musuh-musuh yang sangat bencikan Islam. Digerakkan oleh Hajah Syarifah Nusaybah, seorang hartawan global dan juga strategis yang sangat licik.Airmata menitis semasa membaca perjuangan mereka mempertahankan Kota Suci Ma [...]


    • Dari segi idea penceritaan & imaginasimang terbaike si fiksyentapi maaf la, aku x berapa nak boleh hadam pulaentah kenapa?? Mood membaca begitu perlahan dari satu bab ke satu bab. rasa teruja tatkala Emrullah hendak pancarkan gelombang di atas bangunan demi menyelamatkan rakan2nyaNovel ini pada mulanya sudah ku baca hingga ke pertengahan.dian aku berhenti seketikaulang semula baca buat kedua kalira2 mahu mengambil MOODtapi masih menjadi masalah padakuaku dapat rasakan mungkin bahasa yang di [...]


    • Novel fiksyen Melayu pertama yang aku rasa hebat. Bukan sekadar jalan cerita yang lancar mengenepikan perasa-perasa keterlaluan, tapi juga landasan yang baik untuk mengenali unsur tasawwuf dan sufiyyah. Harus diingat terkandung juga interpretasi Faisal yang mungkin bertentangan dengan pandangan golongan moderate; "pemimpin yang lebih Amerika dari Amerika" - satu tempelak yang diulang-ulang sepanjang buku ini.Aku mencari buku ini dengan niat, sekiranya ia mampu dihabiskan dalam dua hari, aku perl [...]


    • 1511 [ KOMBAT ]. Faisal Tehrani. Utusan Publications. 2007.1) Novel 1511 [KOMBAT] merupakan novel futuristik. Mengisahkan perjuangan tentera-tentera Islam yang terdiri daripada gabungan anak-anak muda di seluruh dunia.2) Novel ini mengandungi 18 bab dan setebal 423 mukasurat termasuk lampiran.3) Novel ini ditemui di atas rak Perpustakaan USIM.4) Sejujurnya, perjalan dari satu bab ke bab yang lain agak panjang dan membuatkan aku teras bosan ketika membacanya. Ditambah pula dengan nama-nama watak [...]


    • Kisah yang melatari sirah penghubung tiga kota suci; Mekah, Madinah dan Quds. Tonggak utama, Muhammad al-Ameen yang telah padu dipandu futuwwah. Fata yang mewakili citra nusantara, diangkat menjadi tokoh utama yang punya segala khazanah duniawi dan ukhrawi. Bergabung membentuk kesatuan fikrah dan amal di bawah naungan wanita renta yang berjiwa agam; Syarifah Nusaibah. Kekuatan roh, kepatuhan, kebijakkan dan sofistikated adalah aura yang cuba digarap oleh FT


    • Hampir 10 tahun yang lalu buku ini deibeli. Sebelum popularnya hilal ashyraf, fatimah syarha dan penulis-penulis lain yang menyegarkan genre islamik+jihad, Faisal Tehrani terlebih dahulu menghasilkan karya hebat ini. Jangan risau, tiada unsur syiah di sini. Isi kandungannya جهاد فِي سَبِيلِ اللَّهِ‎ semata-mata.


    • sungguh aku sangat suka cerita ini ianya adalah sebuah buku futuristik yang bagi aku tak pernah terfikir oleh akuwalaupun ianya hanyalah sebuah cerita, tapi aku bagaikan boleh rasa aku turut berada di dalamnyaikan kisah realiti yang sedang terjadi:)sebuah buku yang patut dibaca dan dimiliki!


    • Sebuah karya yang mengangkat perjuangan sebenar Islam tetapi dari sudut pandang arus kemodenan. Agak-agaknya, ada tak sebuah pergerakan yang mampu menjadi seberani itu?


    • Momentum: 2/5. Tingkat Bahasa: Sastera sederhana dan mudah faham. Sesuai untuk remaja.Ulasan: Saya merasakan umur saya terlalu lewat untuk menghayati keseronokan buku ni. Jika umur saya antara 15 – 25thn waktu baca buku ni, pasti saya akan pukul canang suruh orang lain baca memandangkan pengujaan terhadap fiksyen islamik sangat menebal di peringat umur tersebut. Pada peringkat usia begini, saya merasakan buku ini terlalu keanak2an, tidak cukup lazat di minda walaupun olahan ayat penulis sangat [...]


    • The ugly truth about some of us. Habib berkata, " Mereka memimpin Islam bukan Islam yang memimpin mereka" (p. 77) dan "di kalangan umat Islam sendiri, mereka lebih Amerika daripada Amerika." (p. 80). Teguran yang bagus daripada penulis. Terasa juga saya sebagai pembaca. Terasa sedih dengan diri sendiri pastinya.Novel ini diterbitkan pada tahun 2004. Latar masa yang penulis pilih ialah pada tahun 2087 tentang umat Islam menentang Amerika dan Zionis. Bukan senang nak tulis buku tentang masa hadapa [...]


    • tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 Kategori Novel Remajamembaca fiksyen perang yang berlatarkan Islam menumbuhkan semangat besar untuk berkhidmat kepada agama. kerana berdasarkan kata-kata dan pesanan yang ditinggalkan Baginda Nabi SAW, kita perlu sedar muslim masa depan adalah ahli 'ghuraba' dengan itu muslim masa depan bertanggungjawab mempertahankan syiar dalam lingkungan yang lebih mendebarkan dan berdepan musuh yang punyai seluruh kekuatan yang terwujud didunia teknologi yan [...]


    • saya membaca buku ini ketika baru mula mahu berjinak-jinak dengan novel tebalngat teruja dengan buku ini sehingga saya membacanya tiga kali!malah ketika pesta buku, saya membelinya walaupun sudah dibaca, kerana bagi saya karya ini adalah karya 'mesti ada'.dan karya ini juga sebenarnya memberikan ilham sedikit sebanyak untuk cerpen saya, Si Kecil Imranta sebagai umat Islam harus bangkit dari lena. bagaimana kalau perang berlaku secara global? muslim menentang kafir harbi? nah, novel ini membawa c [...]


    • Sangat memberi kesan kepada imaginasi. Aku baca novel ni masa aku tengah final exam. Baru habis final ni ha.Imaginasi berkenaan peperangan akan datang. Di mana peperangan bukan sekadar peperangan fizikal dan ideologi. Tetapi yang lebih bahaya peperangan biologi. Sangat bahaya. Satu dunia akan terkesan. Peperangan biologi yang membuatkan Komander Muhammad Ameen menang (menembak dari atas bumbung).Ada lagi yang lain tu. Antaranga novel ini mengenengahkan sufisme kepada masyarakat tentera. Banyak l [...]


    • Buku inilah yang mula mengembalikan minatku kepada buku-buku Melayu semula. Selama ini, buku-buku Melayu yang pernah aku baca lebih cenderung kepada kisah cinta, tidak mampu untuk mengasah minda atau menanamkan semangat perjuangan. Inilah antara kekuatan buku ini. Plot yang baik beserta penulisan yang meyakinkan menimbulkan saat-saat mendebarkan yang jarang dapat dirasakan (malah seingatku tidak pernah) apabila aku membaca buku Melayu. Satu lagi karya yang hebat oleh seorang penulis yang berkali [...]


    • Karya yang berat. Tidak mampu dihabiskan dalam masa yang singkat, kerana ia memerlukan pemikiran dan imaginasi yang tinggi. Namun, jika kita benar-benar menghayati setiap baris perkataan di dalam novel ini, kita pasti akan turut berasa berada di dalam situasi dalam novel ini.Novel ini mampu membangkitkan semangat juang anak-anak muda Islam untuk bangkit, memajukan diri sendiri, dan berubah ke arah sesuatu yang lebih baik.


    • 1511H [KOMBAT] - buah tangan Faisal Tehrani yang menjuarai HSKU 2003. Latar cerita yang sarat dengan suspen dan mampat dengan ilmu-ilmu bantu yang saya kira amat sesuai untuk dibaca oleh semula lapisan masyarakat. Mengulangi kejayaan mengungguli carta hadiah pertama HSKU 2002 menerusi 1515 juga mengangkat latar sejarah dan konsep jihad dalam kehidupan, 1511H [KOMBAT] ternyata mengajak pembaca lari daripada realiti hari ini.


    • Patut dijadikan KOMSAS buat sekolah menengah. Kenapa perlu percayakan bahawa Barat menguasai segalanya, mengetahui segalanya sedangkan mereka tak lebih dari menciplak ilmu dan pengetahuan orang lain dan seterusnya mengatakan itu adalah kajian mereka. Agama adalah tonggak kehidupan, tanpanya kita rapuh serta takut kepada musuh. Novel ini juga berjaya menunjukkan kita masyarakat Islam mampu kehadapan malah jauh lebih kuat jika kita tidak mengetepikan Islam dalam kehidupan.


    • Faisal Tehrani mempunyai imaginasi berlandaskan fakta yang amat mengagumkan. Dalam novel ini, walaupun ia fiksyen, isinya bukanlah sekadar dongengan yang fungsinya hanya melentokkan mata untuk tidur sahaja. Padat dan jitu dengan "bahan api" pembakar semangat.


    • Fiksyen Islami pertama yang menambat hati,Saat pengajian di bangku universiti,Sedang mengharung gelora dakwah dini,Membakar semangat menyuntik motivasi,Agar berjuang sesungguh hati,Demi menggapai cinta Ilahi.


    • Sebuah novel yang sangat hebat !Sudah 3 kali membaca novel ini, karya Faisal Tehrani yang paling saya suka. Novel ini adalah mesej tidak langsung kepada seluruh umat Islam, tiada apa yang mustahil. Kita perlu bertindak dari sekarang.


    • buku ini betul2 telah mencetus satu futuristik imaginasi yang dirasakan seperti suatu realiti. Membakar semangat jiwa anak-anak muda agar menyelamat dunia. I recommend this book to all youth out there Must read!










    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *